sebuah pesan bagi mereka yang gelisah dan kegundahan......
Tuesday, April 6, 2010 | 7:10 PM | 0 comments
sebuah surat bagi mereka yg gundah dan gelisah....surat itu berkata kepada mereka: "janganlah bersedih.."
sebuah pesan kepada mereka yang dilingkari oleh pelbagai macam musibah, kegagalan dan krisis yang membelenggunya....pesan itu berkata: "janganlah bersedih..."
sebuah pesan bagi siapa saja yang ditimpa musibah dan ujian...pesan bagi mereka yang mengalami halangan dan rintangan dalam kehidupan....pesan itu adalah: "janganlah bersedih..."
sebuah pesan bagi mereka yang terkurung di luar, bagi mereka yang merasa asing pada dirinya atau mereka yang menelan pahitnya pil kenyataan...pesan itu berkata: "janganlah bersedih...."
sebahagian kesedihan memenjarakan , menjauhkan anda daripada dunia luar dan menakut-nakutkan anda sehingga diri merasakan seolah-olah tinggal bersendirian...
sebahagian kesedihan membunuh anda, membekukan perasaan, menghentikan roda kehidupan dan mengilangkan keghairahan anda untuk hidup.....
sebahagian kesedihan dapat memperbaiki diri anda, menilai diri dan memanifestasikan kembali kehidupan anda....
sebahagian kesedihan dapat menunjukkan kekurangan2 anda dan dalam masa yang sama menampakkan kemampuan anda yang sebenarnya....
sebahagian kesedihan boleh memberi manfaat bagi anda, memberikan cahaya yang menerangi jalan, menyelamatkan anda daripada kegalauan fikiran dan menunjukkan anda hakikat yang sebenarnya.....
p/s: sebahagian kesedihan dapat menghidupkan anda dan sebahagian yang lain dapat mematikan anda!!!!!