Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Purple espressione






Monday, April 26, 2010 | 10:46 PM | 0 comments

" kebahagiaan akan datang tanpa diundang
datangnya dengan seribu satu pengharapan
perginya dengan seribu kepayahan
tidak perlu dijadikan perpisahan itu satu kekesalan
kerana terjadinya perpisahan itu
tidak pernah diimpikan
oleh seorang insan yang bergelar wanita "


" tidak ada wanita yang tidak mahukan kebahagiaan
namun siapa yang mampu melawan takdir
andainya wanita dapat memilih
sudah pasti kebahagiaan menjadi keutamaan
dan perpisahan tidak menjadi pilihan....."


>>>bijak pandai pernah berkata, cinta boleh bertukar menjadi benci tetapi persahabatan itu akan kekal selama-lamanya walau ditimpa badai menggila...sekian lama mnyemai kasih, belum tentu berkekalan kerana cinta satu percaturan....begitupun, atas nama kasih yang tersemai di hati, sengketa bukan penamat kisah andai hubungan dapat dijalin semula seikhlas hati atas nama persahabatan...cinta dan persahabatan saling berkaitan.....dua perhubungan yang amat sinonim dengan kehidupan manusia....setiapnya memerlukan kesetiaan, kejujuran, kasih sayang dan kesefahaman....

>>>cinta tidak semestinya bersatu dan menyintai tidak semestinya bererti memiliki....jika aku cintakan dia, tidak semestinya dia juga mencintai aku...cinta boleh dirasai mana-mana pihak tapi nikmat cinta yang sejati hanya dirasai kiranya kedua hati itu saling bergetar dengan irama yang seiring dan kedua pihak memahami perasaan yang hadir itu....cinta perlukan kekuatan, cinta perlukan pengorbanan, cinta perlukan persefahaman kerana cinta itu sendiri penuh dengan dugaan!!!


>>>sahabat ibarat tangan....hilangnya dirasai....luka yang ditinggalkan boleh diubati tapi hilangnya tiada ganti....aku bersahabat atas dasar keikhlasan di hati, bukan demi kepentingan diri....sahabat datang dan pergi tapi meninggalkan sejuta memori di hati....akan dibawa memori ini hingga ke mati kerana sekali aku bersahabat, selamanya tetap bersahabat walau sejauh mana hati pernah terluka kerana kehadiran sahabat menyinarkan hidup aku di kala suram....




Older Post | Newer Post